
![]() |
Thursday, 29 December 2011 | 23:33 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum
ha , berasaskan tajuk entri aku kali ni "MIMPI YANG NGERI" aku nak cerita sikit pasal mimpi aku malam tadi . nak tahu apa yang ngerinya ? uhuhu . tak pernah aku dapat mimpi sengeri ni . ni bukan ngeri pasal hantu , atau monster atau apaapa yang ngeri lah . ni kisah tentang family aku . ceritanya macama ni .
Time aku tengah sedapsedap tido , tibatiba aku mendapat satu mimpi yang bagi aku sangat ngeri lagi sedih . (ni nak buat karangan ke apa . ahaha) aku mimpi aku buat satu kesalahan undang-undang yang sangat besar . aku di tangkap oleh polis . kemudian aku di humban ke dalam lokap bersama pesalahpesalah yang lain . hukuman yang bakal aku terima juga sangat berat , di katakan aku mungkin akan mati . saat aku mendegar akan musibah yang bakal aku terima , aku rasa kesal yang teramat kerana telah melakukan kesalah undangundang . tapi , ialah bak kata pepatah melayu , sesal dahulu pendapatan , kesal kemudian tiada gunanya . nak taknak , aku terpaksa menhadapi apa sahaja yang bakal berlaku . genap tujuh hari aku di tahan , polis yang menjaga aku dan pesalahpesalah yang menanyakan apakah hajat aku yang terakhir . hanya satu yang aku minta . aku ingin berjumpa dengan mama , abah dan juga adik aku . mereka sangat berharga bagi aku . sayang aku kat mereka melebihi segala-galanya . aku dibenarkan pulang ke rumah pada malam hari dengan ditemankan polis . sesampainya aku di rumah , aku menceritakan segala-galanya kepada mereka . juga apa hukuman yang bakal aku dapat . mereka sangat terkejut . aku hanya deberikan masa selama 1 jam . bila tempoh yang diberikan tamat aku terpaksa pulang . sebelum pulang aku minta maaf sambil menangis sepuas-puasnya . aku kata "mama , abah maafkan segala salah silap kakak . jaga adik baik-2 . akak sayang mama dan abah" . tiba-tiba aku terjaga dari mimpi . aku dapat rasakan setitis air mata aku mengalir .
aku taktahu apa maknanya mimpi ini . sama ada hanya mainan tidur atau ada maksud disebaliknya .
ingatan aku buat korang , janganlah buat sesuatu yang boleh memusnahkan hidup korang .
berfikir sebelum melakukan sesuatu .
okayy lah . dah panjang bebeno aku bercerita ni .
sampai berjumpa di lain hari .
byebye .
ingat pesan aku ! :)
Tuesday, 27 December 2011 | 00:25 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum
ha , kat bawah ni ada sikit nasihat . eceh ! ehehe .
ha , dah baca bukan . so , cintalah kepada orang yang kita sayang . mogamoga korang mendapatkan yang terbaik .
tapi ingat , sebelum korang mencintai manusia , cintailah ALLAH dahulu .
hanya mengingatkan . terpulang nak dengar atau tidak .
byebye .
jumpe lagi di entri aku selepas ini . nantikannya okayy . :)
senyum dalam gembira . :) Monday, 26 December 2011 | 23:51 |
0 Girly Says
hallohallo .
assalamualaikum.
renungrenungkan ayat di bawah . diCOPY khas buat korang .
♥ Bergunung manapun harta, bukanlah kaya jika miskin budi bahasa..
♥ Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan..
♥ Secantik manapun rupa, bukanlah ratu jika buruk tingkah laku..
♥ Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia jika tiada iman didada..
♥ Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana jika tidak diamal dan diguna..
♥ Sealim manapun diri, bukanlah ulama' jika takbur dan riak..
sudah baca ? dapat apa yang hendak disampaikan di sini ? jadikan ini sebagai moto hidup korang .
byebye
sampai berjumpa di lain hari , di entri yang seterusnya .
nantikannya .
senyum dalam gembira :)
| 23:47 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum .
jiwang kjap boleh ? ehehe
Sayang Ku ♥ AwaK taK taHu yanG jantuNg saYa bErdEgup kENcaNg waLaUpowN hanYa tEngOk gaMbar awaK kaT mUka bUku.. ♥ aWaK Tak tAhU yaNg saYa gEmbiRa taK tERkiRa aPabiLa aWaK "LikE" paDa sTaTus saYa aTaU aPa-aPa jEW LaH kaT mUka bUku saYa.... ♥ AwaK taK tahU yanG saYa sEnyUm sOraNg-sOraNg maCaM daH aNgaU aPabiLa aWaK "koMeN" kaT sTaTus saYa,biaRpowN hanYa iKoN smiLey kEw aPa kaT mUka bUku s...aYa... ♥ aWaK taK tahU saYa saKiT hati pabiLa aDa oraNg laiN "komEN" aTaU "likE" sTaTus aWaK,aPa-aPa jew LaH kaT mUka bUkU awaK.. ♥ awaK taK tahU saYa tEriNgin saNgat nak "koMeN" n "Like" sTaTus aWaK tApi saYa taKowT aWaK taK baGi rEspoNs. ♥ aWaK taK tahU saYa daH taK bOley naK mENghadap mUka aWaK tEruS sEbaB saYa saNgat maLu. ♥ aWaK tahu taHU yanG saYa dEriTa aPabiLa dApaT taHu aWaK rUpaNya sUka paDa oRaNg LaiN... ♥ aWaK taK tahU yanG saYa saNgaT riNdU aKaN pErsaHaBataN kiTa,waLaUpOwN hanYa di aLaM maYa jEw,taNpa pErnaH bErSua mUka.. ♥ DaN saYa raSa, aWaK taKaN tahU sEhiNggaLaH saYa sENdiRi bErhaDapaN dENgan aWaK uNtUk cEritakaN sEgaLanya .
amacam ?
jiwang tak aku .
ahaha .
take from facebook . (lamanmukabuku)
senyum untuk kejiwangan aku . :)
| 05:27 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum
korang aku tak tahu nak mengadu perkaraa ni kat sapa . hanya korang yang aku ada . hanya korang yang sanggup mendengar luahan hati aku . korang , aku tahu itu salah aku tapi aku juga inginkan kebebasan . aku juga ingin seperti insan lain . aku juga ingin berjumpa dengan dia . ceritanya macam ni . time aku balik dari taman tadi , tiba-tiba aku rasa rindu teramat dekat dia . aku bercadang nak jumpa dia . malam tu , balik jea dari taman aku terus call dia . aku cakap aku nak jumpa dia . okayy kiteorang deal nak jumpa dekat taman permainan dekat depan perumahan sewa . secara kebetulan kawan aku juga nak jumpa pakwe dia . kiteorang pergi taman sama-sama . perasaan aku time tu cukup berdebar-debar . dup dap , dup dap . jantung aku bagaikan tidak dapat bergerak dengan betul . sampai jea kiteorang(AkuDenganKawanAku) di taman , kawan aku menyampaikan satu berita yang agak sedih jugalah . kata dia , pakwe dia tak dapat datang . okayy , aku pun cakap , sabarlah . lagipun macam mana mamat tu nak datang , sedangkan dia duduk dekat air hitam manakala kami pula duduk dekat taman sri aman . adehh ! aku tunggu dengan penuh kesabaran , walaupun hati ini bagaikan nak pecah . tiba-tiba aku dapat satu panggilan yang datangnya dari mama aku . aku jawab , mama aku suruh balik . masa tu aku dah serba salah , sama ada nak tunggu atau nak balik jea . mak aku kasi masa 5minit untuk aku berfikir . aku telefon pakwe aku , aku cakap aku kena balik . aku suruh dia datang dengan kadar segera . dia kata tak jadi . waktu tu jugalah aku rasa bagaikan nak aje menangis , meraung sekuat hati . namun jeritan itu hanya mampu aku jeritkan di dalam hati(MaluKalauOrangDengar) .uhuhu . aku balik dengan perasaan hampa . sampaisampai jea aku kat rumah . PANG ! satu tamparan kene dekat muka aku . eceh ! ahaha . J0KEJ0KE . aku kene bebel dengan mama . adehh ! sakitnya telinga aku . inilah kali pertama aku menangis hanya kerana seorang lelaki . macam bodoh pun ada juga . menangis hanya kerana seorang lelaki yang tak reti menempati janji .
sedih aku hanya tuhan yang tahu .
sayang aku dekat dia hanya aku yang tahu .
sakitnya hati aku tiada siapa yang tahu .
aku sayang kau lah bongox !
uhuhu
eheh , rasanya dah cukup panjang berjeler-jeler aku merapu ni . sudahsudah , aku berhenti di sini dulu . ada masa jumpe korang lagi .
byebye .
take care .
senyum dalam sedih . :)
Sunday, 25 December 2011 | 19:59 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum .
ha , entri untuk kali ini adalah ditujukan khas buat si dia yang sedang bekerja . awak , pagi tadi sewaktu saya sedang enak tidur , saya termimpikan awak . saya mimpi awak dengan saya bergaduh . apa sebab yang membuatkan kita bergaduh , tidak pula saya tahu . tapi awak , saya betul-betul takut masa tu . saya takut awak tinggalkan saya . awak , bukankah awak pernah berjanji dengan saya yang awak takakan tinggalkan saya . awak jangan tinggalkan saya ya . saya taksanggup hidup tanpa awak . awak lah nyawa saya . eceh ! agak kalau dia mati , aku pun mati lah . mcmtu ? ahaha . J0KeJ0Ke . awak , saya sayang awak sangatsangat , tapi satu jea bende yang saya nak tanya . awak ikhlas sayang saya ? awak kadangkadang saya rasa awak macam taksayang saya , kadangkadang saya rasa saya amat penting dalam hidup awak . awakawak , kenapa saya rasa macam ni ? patut ke saya rasa macam ni ? bukan apa , saya terlalu sayangkan awak , sampai saya taknak kehilangan awak . kalau boleh saya nak awak ada disamping saya sepanjang masa . eheh , nanti dulu . mana boleh , kang bende lain pulak jadi . uhuhu . ahaha . awak , janji dengan saya boleh ? janji yang awak akan sayang saya seorang sahaja , tapi jangan pula awak lupakan mak awak dengan yang maha berkuasa . okayy ? sayang awak selamanya . insyallah .
rasanya sampai sini jurr kodd contengan saya . ada masa saya conteng lagi . ahaha . :D
byebye .
see u later .
take care .
senyum dalam gembira . :)
| 02:44 |
0 Girly Says
hallohallo .
assalamualaikum warga blogger .
err , kenapa title hari ini "SAKIT HATI" ? nak tahu ? ha , baca entri ni sampai habis , okayy ? :)
apa korang rasa kalau ada lelaki ajak korang couple ? terima atau tolak ? ceritanya macam ni adalah seorang lelaki ni , ajak aku couple . ok , aku terima . ingatkan baiklah lelaki tu , muka macam baik . bila dah couple , untuk first day ok lah lagi . bile masuk hari ke-3 kitaorang bergaduh . mula-mula , aku hanya nak bergurau aje , tak sangka pulak dia anggap serius . bila aku minta maaf , dia buat bodoh jea . apa korang rase kalau pasangan korang macam ni ? sakit hati bukan ? tapi , aku masih boleh bersabar lagi . kata aku , tak apalah . salah aku juga . sabar nadia , sabar . keesokan harinya aku on9 , aku ingat nak minta maaf dari dia . aku tunggu nak dekat 5 jam juga lah tapi dia tak on9on9 jugak . ok , aku sabar lagi . aku kasi dia masa untuk tenangkan fikiran . genap tiga hari kami bergaduh , aku telefon dia , tapi dia offkn fhone . ok , aku sabar lagi . banyak kali jugak lah aku cuba call dia , tapi keputusannya tetap sama . dia tetap offkn fhone . dengan perasaan hampa , aku berputus asa . aku biarkan jea dia . nak dekat seminggu kami bergaduh , aku dapat berita yang dia dah couple dengan perempuan lagi . hati aku bagaikan nak luruh masa tu . kali ini aku benar-2 tak boleh bersabar . malamnya aku telefon dia , tapi macam biasa . dia tak angkat fhone aku . aku text dia . dia tak eply . dengan perasaan yang sangat geram , aku cakap dengan dia , mulai malam tu aku taknak ada apa-apa lagi dengan dia . sedih sangat bila aku dapat tau dia couple dengan perempuan lain . tapi dengan ini aku dapat satu pengajaran , yang kita janganlah couple dengan lelaki yang tidak kita kenali kerana inilah dia kesudahannya . jika anda dapat lelaki yang baik , takpelah juga . tapi bila korang dapat lelaki macam ni . akhirnya korang jugak yang merana . huhu jadi , ambillah iktibar dari cerita diatas . okayy ?
sampai sini jelah cerita aku . ada masa aku cerita lagi .
byebye .
see u all next later .
^_^ | 02:18 |
0 Girly Says
~♥♥♥ cinta-MU ♥♥♥~ ♥ Cinta Allah tidak dapat ditukar ganti. Cinta manusia silih berganti. ... ♥ Cinta Allah suci tulus hingga ke mati. Cinta manusia adakala berakhir dengan benci. ♥ Cinta Allah menyubur ketaqwaan. Cinta manusia penuh kemungkaran. ♥ Cinta Allah menambah keimanan. Cinta manusia menambahkan kelalaian. ♥ Cinta Allah sepanjang masa. Cinta manusia sekejap ada, sekejap tiada. ♥ Cinta Allah diiringi rahmat dan kurniaan. ♥ Cinta Allah bersulam redha dan keampunan. Cinta manusia meresahkan perasaan. Wednesday, 14 December 2011 | 07:11 |
0 Girly Says
Allah menerima Taubat Dari Sesiapa Pun yang Telah membuat Segala Larangan -Nya . So , Bertaubat lah dari sekarang . Masa semakin suntuk . Masa Tidak akan menunggu kita . Jadi , kita yang perlu mengejar masa :') </3 via Syurga Cinta |