
![]() |
Thursday, 29 December 2011 | 23:33 |
0 Girly Says
hallohallo
assalamualaikum
ha , berasaskan tajuk entri aku kali ni "MIMPI YANG NGERI" aku nak cerita sikit pasal mimpi aku malam tadi . nak tahu apa yang ngerinya ? uhuhu . tak pernah aku dapat mimpi sengeri ni . ni bukan ngeri pasal hantu , atau monster atau apaapa yang ngeri lah . ni kisah tentang family aku . ceritanya macama ni .
Time aku tengah sedapsedap tido , tibatiba aku mendapat satu mimpi yang bagi aku sangat ngeri lagi sedih . (ni nak buat karangan ke apa . ahaha) aku mimpi aku buat satu kesalahan undang-undang yang sangat besar . aku di tangkap oleh polis . kemudian aku di humban ke dalam lokap bersama pesalahpesalah yang lain . hukuman yang bakal aku terima juga sangat berat , di katakan aku mungkin akan mati . saat aku mendegar akan musibah yang bakal aku terima , aku rasa kesal yang teramat kerana telah melakukan kesalah undangundang . tapi , ialah bak kata pepatah melayu , sesal dahulu pendapatan , kesal kemudian tiada gunanya . nak taknak , aku terpaksa menhadapi apa sahaja yang bakal berlaku . genap tujuh hari aku di tahan , polis yang menjaga aku dan pesalahpesalah yang menanyakan apakah hajat aku yang terakhir . hanya satu yang aku minta . aku ingin berjumpa dengan mama , abah dan juga adik aku . mereka sangat berharga bagi aku . sayang aku kat mereka melebihi segala-galanya . aku dibenarkan pulang ke rumah pada malam hari dengan ditemankan polis . sesampainya aku di rumah , aku menceritakan segala-galanya kepada mereka . juga apa hukuman yang bakal aku dapat . mereka sangat terkejut . aku hanya deberikan masa selama 1 jam . bila tempoh yang diberikan tamat aku terpaksa pulang . sebelum pulang aku minta maaf sambil menangis sepuas-puasnya . aku kata "mama , abah maafkan segala salah silap kakak . jaga adik baik-2 . akak sayang mama dan abah" . tiba-tiba aku terjaga dari mimpi . aku dapat rasakan setitis air mata aku mengalir .
aku taktahu apa maknanya mimpi ini . sama ada hanya mainan tidur atau ada maksud disebaliknya .
ingatan aku buat korang , janganlah buat sesuatu yang boleh memusnahkan hidup korang .
berfikir sebelum melakukan sesuatu .
okayy lah . dah panjang bebeno aku bercerita ni .
sampai berjumpa di lain hari .
byebye .
ingat pesan aku ! :)
|